Subscribe:

Sunday, 1 February 2015

PENAMAAN KWSP : Sila bertindak segera

KEWANGAN : KWSP Anda mungkin tidak dapat diwarisi..?!

Adakah anda sudah membuat Penamaan / Pewarisan KWSP.
Jika belum, maka bersegeralah melakukannya,
jika tidak ia bakal menyiksa orang tersayang yang amat memerlukan.

1. Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian. Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.

2. Bagaimana Membuat Penamaan?
1. Borang Penamaan (KWSP 4) boleh diambil di Kaunter KWSP, Download dan Print atau i-akaun (print dengan butiran = tak perlu tulis tangan)
2. Satu Salinan Kad Pengenalan Diri (Depan+Belakang dalam satu muka)

Caranya mudah sahaja iaitu 2 Langkah :
a. Login ke i-akaun untuk Print Borang KWSP4 dengan Butiran ATAU
b. Download Borang KWSP4 dan print kemudian tulis tangan ATAU
c. Ambil terus Borang KWSP4 dan bawa saksi ke Kaunter  KWSP

DAN Kemudian :
Isi borang atau serah borang ke kaunter KWSP, datang bersama saksi.
Anda akan dikehendaki menurunkan cap jari. Kemudian diproses dan akan disertakan salinan penamaan yang telah dibuat.

Borang i-Akaun KWSP 4 : Isi Butiran dan Print
Borang KWSP4 : Download untuk print


Penamaan boleh dibuat sepanjang masa dan diperbaharui
(renew = tambah/buang nama atau tukar peratusan hak).

*Oleh kerana KWSP masih tidak mesra faraid, maka penama lah yang melakukan proses faraid (jika taqwa), jika penama nak makan duit tu dan tidak serahkan pada waris yang berhak maka kwsp tidak bertanggungjawab.

Haa.., di sinilah Penamaan ini perlu dikemaskini dengan sebaiknya kerana sudah banyak kes penamaan dibuat kepada ibubapa (ketika pemegang akaun kwsp masih bujang) kemudian setelah berkahwin tidak membuat perubahan/penamaan semula maka diTELAN semua atas alasan = "Duit atas nama aku" =(



Link :
a. Login i-akaun  : https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login
b. Download borang kwsp4 : http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/153256/KWSP4.w.e.f1Ogos2012.pdf
c. Kaunter KWSP : http://www.kwsp.gov.my/portal/reach-us/epf-offices-location

d. FAQ atau Soalan Berkaitan Penamaan : http://www.kwsp.gov.my/portal/member/faq/member

Rujukan :
1)Penamaan Bagi Ahli Yang Beragama Islam :

=Bagi ahli yang beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir (administrator) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum Faraid kepada waris-waris ahli yang berhak.
-------------------------------------------------
2)Bagaimanakah sekiranya penama yang sepatutnya bertindak sebagai wasi dan menerima wang simpanan ahli yang beragama Islam tidak mengagih-agihkan simpanan KWSP mengikut Hukum Faraid dan bolehkah tindakan undang-undang diambil ke atas penama tersebut?

=Bayaran simpanan KWSP kepada penama merupakan satu pelepasan yang sempurna oleh KWSP dan segala tindakan waris-waris ke atas penama iaitu wasi merupakan sesuatu yang di luar bidang kuasa KWSP. Bagaimanapun KWSP memberikan nasihat kepada wasi untuk mengagihkan simpanan KWSP mengikut Hukum Faraid. (KWSP berlepas tanggung)
-------------------------------------------------
3)Apakah status wang KWSP ahli yang tidak dituntut oleh penama pada sesuatu tempoh tertentu dan bolehkah penamaan itu terbatal dan tuntutan dibuat sebagai kes tiada penamaan?

=Penamaan tidak akan terbatal sekiranya orang yang dinamakan tidak membuat tuntutan ataupun tidak dapat dikesan dan bayaran tidak boleh dibuat kepada waris ahli sebagai kes tiada penamaan.
-------------------------------------------------