Subscribe:

Thursday, 24 January 2013

Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad : Perkongsian 4

Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad : Perkongsian 4

 Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya di dalam kelas bagi :
  • Subjek : Al-Quran Hafazan
  • Masa : Pertama / Sesi Petang
  • Tahun : 4 Iltizam
Terlebih dahulu, suka untuk dimaklumkan bahawa kami guru-guru SRA di bawah kendalian JAWI bertugas untuk dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang di mana setiap sesi selama dua jam setengah (2 1/2) . Maka kami akan bertugas sebagai guru kelas dan guru matapelajaran jugalah untuk kedua-dua sesi berkenaan cuma yang berbeza adalah murid sahaja kerana murid sesi pagi sek kebangsaan akan ke sekolah agama pada sesi petang begitu juga sebaliknya. Oleh kerana sekolah saya dikategorikan sekolah besar dan lengkap infrastruktur (ada makmal komputer/perpustakaan/dewan dll) maka jumlah murid yang ada dan jadual guru amat padat bagi kedua-dua sesi. Ini bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat. Sebelum ini saya hanya berkongsi pengalaman saya (3 catatan terdahulu) bagi kelas sesi pagi iaitu 2 Istiqomah.

Saya merupakan Guru Kelas bagi 4 Iltizam (kelas ranking ke-3 dari 4buah kelas). Murid-muridnya seramai 30 orang dan majoriti lelaki (hehehe). Oleh kerana saya pernah memasuki kelas ini semasa mereka di tahun 3, maka mereka tidak asing bagi saya dari segi motivasi belajar, penguasaan jawi al-quran, mahupun karenah masing-masing.

Kisah Si Jebat

Cuma kali ini saya ingin berkongsi pengalaman istimewa dengan murid saya yang seorang ini. Beliau merupakan bekas anak murid saya tahun lepas (2 Istiqomah, 2012). Namanya Muhammad Jebat Firdaus, ya.. memang serupa nama dengan pahlawan Melaka "Hang Jebat"

Prestasinya di kelas saya bagi tahun lepas adalah di tempat pertama dari belakang. Malah prestasinya amat jauh berbeza dengan rakan-rakan sekelas.

Tahun lepas saya berprasangka "Budak nie malas bebenar" (salah)
"Kenapa awak nie Jebat asyik tidak bawa buku" (salah)

"Kenapa awak malas membaca Jebat oi...!? " (salah)
"Sudah berapa banyak ayat yang awak sudah hafal Jebat?" - "Haa.. baru 3 ayat saja...!" (salah)
"Apa nak jadi lah awak nie Jebat..!" (salah)
"Cuba awak tengok orang lain, semua dah hafal ayat yang ustaz suruh" (salah)

Serta lain-lain kata perlian, pertanyaan, merisik, ala-ala sarkastik bunyinya. (Huhuhu, isk dulu). Walaupun saya sentiasa ambil berat, cakna akan prestasinya cuma beliau masih belum mencapai tahap yang sepatutnya beliau miliki. Saya rasa terkilan malah kecewa bila memikirkannnya malah semacam putus harap juga terdetik di bisikan jahat hati. (oh, teknik perli dan provokasi kerap diguna dalam kursus wajib iaitu _ _ _ ) Sedikit sebanyak terpalit pada saya.

Sebab itu saya cuba membaca perkongsian Trainer aka sifu-sifu guru Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad bagi mencari alternatif. Mungkin kena ubah strategi lain kot dari apa yang saya amalkan sebelum ini?!

Itu kisah tahun lepas. Ya, beliau masih berada di takuk kegemarannya iaitu di tangga terakhir.

Tahun ini saya tekad untuk melihat adakah perubahan boleh dilakukan ke atas anak istimewa ini. Beliau berpotensi namun perlu didorong. Maka tahun ini Allah bagi peluang pada saya sekali lagi untuk menjadi guru kelas beliau merangkap Guru Al-Quran & Hafazan serta Tajwid. Kali ini saya tidak lagi mendesak-desak, marah-marah, perli beliau.

Saya ubah pendekatan dengan :
  • PUJI Prestasi / Usaha *walaupun hasil masih rendah
  • Beri Senyuman *Ganjaran sosial
  • Puji/Doakan beliau di hadapan khalayak kelas
Hasilnya pada hari Rabu lepas, beliau jumpa saya dan berkata :

"Ustaz, saya dah hafal 13 ayat surah al-A'la"
Memang saya beri tugasan menghafal sehingga 13 ayat

"Cuba awak baca, ustaz akan dengarkan"

Beliau membaca dan walaupun ada sedikit tersangkut-sangkut yang saya cepat-cepat bagi 'hint' , beliau benar-benar dapat menghafalnya.

Saya kemudian memuji beliau :
"Bagus Jebat, sudah hafal 13 ayat. Tentu 6 ayat seterusnya kacang (aka mudah) bagi awak. Ustaz yakin dengan kebolehan awak...!"

Beliau tersenyum. Mungkin dalam hati beliau terdetik "Aik, ustaz nie orang lain ker? Tak sama" . Beliau terus membaca dan cuba menghafal ayat seterusnya iaitu ayat 13-16 pula. Maka saya terus temankan beliau membaca bersama-sama sebagai dorongan. Oleh kerana hari ini hari Rabu, ramai murid tidak hadir ke sekolah agama kerana mengikuti kokurikulum atau sukan di sekolah kebangsaan maka dapatlah saya berikan ruang dan perhatian pada beliau lagi.

Alhamdulillah, sebelum kelas tamat masa pertama beliau berjaya menghafal sehingga ayat ke-16. Bermakna beliau telah menghafal 3 ayat semalam + 3 ayat baru hari ini (6 ayat). Waah.. rekod baru nie...!

Heheheh.. saya rasa lega dan takjub. Oh, saya lupa memberitahu bahawa beliau masih merangkak membaca al-Quran dan beliau menghafal dengan mendengar, kemudian barulah cuba mengeja kalimah di dalam al-quran. Jika ikutkan dia berada di Tahap Iqra' 4 sahaja (kalimah vs ayat).

Inilah perkongsian saya pada kali ini.
"Selamat Tinggal Teknik Perlian"
"Selamat Jalan Teknik Marah-Marahan" (hehehe ada ke perkataan ini?!)
"Selamat Maju Jaya, wahai muridku Jebat, Semoga terus gagah segagah Hang Jebat mempertahankan kebenaran"

------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Perkongsian kisah adalah bagi memberi idea dan peluang bagi pendidik/ibubapa di luar sana akan keberkesanan Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad. Serius, ia mudah dan praktikal
25/01/2013 @Setapak

Tuesday, 15 January 2013

Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad : Perkongsian 3

Perkongsian : Lokasi : 2 Istiqomah (Masa:awal-akhir)

Sudah hampir 2 minggu kami para guru ditugaskan untuk kekal di dalam kelas masing-masing ekoran kekurangan guru. Ini merupakan perkara normal di sekolah agama kendalian jabatan agama negeri.
Ia merupakan satu peluang bagi saya untuk menetapkan minda (mind-setting) murid kelas saya dengan teknik nabi. Malah ia juga cabaran kerana guru yang sama untuk keseluruhan masa memerlukan teknik mengajar yang menarik juga bagi mengatasi rasa bosan murid.
Tugas Guru untuk "Mendidik, Mentarbiah,Mengajar perlu diajalankan sehabis mungkin" =)

Kebersihan Kelas vs Jadual Tugas Kebersihan

Makluman awal buat para pembaca, saya memang sebelum ini tidak pernah menyediakan jadual tugasan murid. (oh, saya diamkan saja bila ditanya kenapa oleh pentadbiran). Ini kerana pada hemah saya Jadual Tugas akan menyebabkan pelajar tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dan mengabaikan kebersihan atas alasan pemikiran bahawa ada rakan yang bertugas. Malah lebih buruk lagi apabila jika pelajar yang namanya tersenarai tidak hadir, maka kelas akan berada dalam keadaan kotor tak terurus walhal ramai pelajar di dalam kelas namun masing-masing enggan menyumbang tenaga bakti.

Justeru itu ia atas kebimbangan di atas inilah saya fikir adalah amat tidak layak diterapkan di sekolah apatah lagi nilai kebersihan, kerjasama, tangungjawab, natijah perlu diterap sejak dari kecil. Bukan penerapan budaya "Kau Punya Kerja" atau mentaliti "Aku Upah Kau" yang hendak diasuh. Kadangkala inilah polemik nilai yang berlaku, di satu dimensi kita menerap nilai murni namun dari segi praktikaliti kita menerapkan nilai ke'AKU'an atau individualistik. 

Berbeza sebelum ini bahawa saya menekankan "self-discipline" iaitu tanggungjawab kebersihan adalah tanggungjawab semua.

Kini 
saya memilih untuk mempraktikan Teknik Nabi : 
  1. "Memuji kebaikkan di depan khalayak"   *Rujukan Hadith : Hadith Depan Khalayak VIP
  2. "Menawarkan Nasihat" menjadi pilihan   *Rujukan : Bahasa Komunikasi Persuasif Rasulullah

Mulai hari pertama lagi saya telah menawarkan nasihat :
"Nak tak ustaz bagitau cara bagaimana kita boleh mendapat pahala dan disukai oleh Allah selain membaca al-Quran?"
"Ya" jawab pelajar.
"Caranya ialah dengan menjaga kebersihan dengan memberus gigi (nasihat), menjaga kekemasan pakaian (nasihat) dan membersihkan kelas (nasihat). Kita akan sihat dan Allah pasti suka (impak). *Hadith kebersihan sebahagian dari iman dibacakan
"Jom..! kita kemas kelas" -murid. 
 
Saya melihat, membantu dan memberi ruang untuk mereka melaksanakan pembahagian kerja. Sesudah kerja pembersihan, memang saya lihat ada yang bersungguh dan ada yang tidak partisipasi. Maka saya amalkan *Teknik Menutup Mata Pada Kesalahan
 Hadith rujukan: '12 Malaikat'
Anas melaporkan, pada  suatu hari ada  seorang lelaki datang dan  dia   terus masuk barisan  orang-orang yang  sedang sembahyang, dengan   nafasnya  termengah-mengah  kerana  terkocoh-kocoh mengejar waktu   sembahyang,  sambil membaca   'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban   mubarakan fih.' Selepas   selesai sembahyang, Nabi Muhammad  bertanya,  “Siapakah  tadi yang   mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang  yang ada  diam sahaja,  tidak   seorang pun menjawab. Nabi Muhammad  bertanya  lagi, “Siapakah  tadi yang   mengucapkan kata-kata itu?  Sebenarnya dia  tidak mengucapkan  sesuatu  yang  berdosa.” Lalu seorang  lelaki  berkata, “Tadi saya datang  dengan   termengah-mengah, lalu saya   ucapkan kata-kata itu.” Kemudian,  Nabi   Muhammad berkata, “Sungguh,   saya nampak 12 orang malaikat  berebut-rebut   mengangkat kata-kata   itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan  Sahih  Muslim

Saya tidak memberi respon berikut : 
"Kenapa ada murid yang malas?" -Salah
"Kenapa awak tidak bekerjasama sedangkan orang lain bersungguh-sungguh" -Salah
"Kenapa kamu tidak menyapu sampah?" -Salah
  
Saya memilih untuk memberi respon berikut :
"Ustaz bangga dengan kerajinan kamu semua yang membersihkan kelas (usaha). Kelas kita sekarang bersih dan cantik (impak). Pasti Allah berikan pahala atas penat-lelah kamu semua (impak)"

"Mereka yang menyapu tadi, sila angkat tangan" -Tangan diangkat .

"Berikan tepukan kepada mereka"

"Mereka yang memegang penyodok atau menyusun meja, Sila angkat tangan"
-Tangan diangkat
"Berikan tepukan pada mereka."
 

Hasilnya, mulai awal minggu ini pelajar komplen kerana berebut-rebut hendak menyapu dan mengemas kelas. Heheheh =)

Saya juga teruskan pujian atas usaha mereka. Oleh kerana itu, semua cuba berebut dan mengambil peluang untuk menyapu sepanjang masa sekolah sebab tak nak ketinggalan. Ya, benar. Sepanjang masa sekolah ada saja yang menyapu walhal tiada sampah demi mengambil peluang.
Comel bukan?! hehehe.

Gambar murid saya yang berebut dan sibuk mengemas kelas :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=594200880595415&set=o.300333790012474&type=1&relevant_count=1&ref=nf 
 
Oh, tadi murid saya berkata : 
"Dulu masa ustaz mengajar kami darjah 1 garang. Sekarang tak pula"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Saya senyum jer.. Bersabar dan tidak melihat kesalahan adalah batu asas bagi saya mengamal teknik Nabi.

Wednesday, 9 January 2013

Teknik Mendorong Pelajar Corot : Perkongsian 2

Semakin hari semakin mudah. Oh yer, semakin tenang dan sabar juga. Malah sudah tidak lagi stress. Alhamdulillah pelajar pun semakin mudah belajar dan kelas lebih terkawal. 

Pada peringkat awal saya agak runsing dan agak dalam dilema mengenai isu Kawalan Kelas vs Teknik Nabi. Yalah, kerana selama ini pendekatan marah-marah, arah-arah merupakan teknik yang sejak sekian lama digunapakai di dalam kelas bagi memastikan kawalan. 

  • Bolehkah tanpa guru memarahi kelas boleh dikawal?
  • Bagaimana jika kelas tidak dapat dikawal setelah kita meninggalkan amalan memarahi/meleteri?
  • Perlukah kita kembali kepada cara dulu kala iaitu memarahi murid?
  • Murid jangan terlalu diberi muka sangat, nanti mereka naik atas kepala?
  • Berlembut adalah seperti menyerah kalah?

Hasilnya setelah 4 hari ia nyata bukan masalah. Jauh panggang dari api. Jika terdapat guru yang merasa sukar dan masih belum dapat mengawal kelas, perbaiki teknik dan boleh saja meminta nasihat seperti yang berada dalam Group FB : https://www.facebook.com/groups/300333790012474/



Tips lain bolehlah dirujuk melalui Poster Tips berikut :
 Terima kasih : Pn. Nurhidayah Jaafar 
Trainer : Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad
https://www.facebook.com/nurhidayah.jaafar.9 
 
Oh, mulut juga semakin mudah mengungkap skrip dan benar jika kita amalkan ia akan lebih lancar dan sebati dalam diri. Pengucapan mulut juga yang baik-baik sahaja dengan pujian. Malah kebaikkan pada murid kelihatan jelas.

Sehingga kini tak perlu jadi "Singa" dan belum lagi buat ujian 'kekuatan suara' hehehehe... Set Induksi kini saya memilih salah satu teknik dalam Teknik Mendidik Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad dengan Teknik Soalan Akhlak bagi meningkatkan self-esteem (keyakinan) iaitu Gaya Persuasif Komunkiasi Nabi Muhammad seperti  :
 "Siapakah yang ingin masuk syurga" . Respon : Tangan diangkat.

"Justeru pahala perlu dikumpulkan bagi tujuan itu"

 

Masa Pertama : Al-Quran

"Siapakah yang ingin mendapat pahala?" Tangan diangkat. 
"Mahu tak ustaz beri tahu cara terbaik dan mudah yang banyak dapat pahala? 
 *Teknik Menawarkan Nasihat
"Nak....!"

"Rasulullah kata bila kita baca "alif lam mim" ia akan dikira 30 ganjaran iaitu setiap huruf 10ganjaran. Mari kita kira jumlah ganjaran pahala yang telah kita dapat semasa memulakan kelas tadi dengan bacaan al-Fatihah. 
(Kalimah bacaan fatihah hingga ayat 3 ditulis dan dikira di papan hitam)
 
"Waah banyak nyer boleh jadi jutawan - boleh beli rumah" -murid
"Ya kita akan dapat ganjaran ini di syurga kelak yang lebih best dari dunia ini =) "

"Jom kita baca Iqra' 3 untuk kumpul pahala...!"
*murid membaca dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengadu letih atau tiada lagi yang berat mulut untuk turut sama. Hmmm dulu kena paksa dan sambil pegang rotan (heheh).


---------------------------------------------------------------------

Masa Kedua : Feqah

Permasalahan utama apabila mengamalkan Teknik mendorong pelajar Gaya Nabi Muhammad ialah :
  1. Pujian -Nak puji mengenai apa? Tiada idea nak puji?
  2. Skrip -Nak ucap bagaimana? 
Maka cikgu-cikgi hendaklah menyediakan ruang bagi pelajar dinilai. Bagi saya dan kemahiran saya, saya suka melukis dan murid juga didapati suka melukis aka menconteng seperti mana contengan dalam buku tulis murid yang banyak berlaku. 
Maka saya sering mengaplikasikan ruang untuk para pelajar membuat Nota Kreatif samada peta minda, lukisan (sering disebut "corak" oleh murid), diagram dll. Ini lebih mudah bagi saya kerana nota sebegini bersifat bebas, tiada betul-salah, mudah dinilai usaha murid, penuh misteri kerana guru tidak pasti apakah hasilnya . **Kadangkala murid memberikan hasil yang wow... menakjubkan..!
  
Hari ini saya memohon murid saya untuk membuat nota pelajaran Feqah mengenai tajuk : Bersugi.  
Nota bergambar dilukis dan diconteng di papan hitam. Saya memohon pelajar membuatnya di dalam buku nota masing-masing dan mohon pelajar melukis 'corak' atau gambar untuk hiasan. Hasil kerja perlu diwarna bagi memberikan keunikan dan kecantikan. Kena tanda seawal mungkin bagi usaha mereka bukan?!
  • Hasil kerja TERUS di beri markah setelah siap.

"Cantik lukisan awak (usaha), awak ada bakat. Boleh menang pertandingan (impak) kalau awak masuk. Mesti menang (impak)" dll pujian.

Owh, sekadar bertanya : saya hanya berikan markah "A l A+ l A+ ** (bintang)
Tiada lagi markah B l C l D . Saya jujur dulu. 
Benarkah mentor Khairulaniza Khairuddin atau lain-lain mentor ?! 
Murid-murid nampak suka dan membanding-banding hasil mereka. 



**Gambar dalam kelas : Murid saya yang comel dan baru kenal 4 hari (2 Istiqomah)
**mereka sibuk melukis nota dan idea kreatif mereka (peluang kreativiti -pujian)
Semakin hari semakin mudah. Oh yer, semakin tenang dan sabar juga.
Alhamdulillah pelajar pun semakin mudah dan kelas lebih terkawal. Pada peringkat awal agak dalam dilema dengan kawalan kelas vs teknik nabi. Hasilnya setelah 4 hari ia nyata bukan masalah.

Oh, mulut juga semakin mudah mengungkap skrip dan benar jika kita amalkan ia akan lebih lancar dan sebati dalam diri. Pengucapan mulut juga yang baik-baik sahaja dengan pujian. Malah kebaikkan pada murid kelihatan jelas. 

Sehingga kini tak perlu jadi "Singa" dan belum lagi buat ujian 'kekuatan suara' hehehehe... Induksi dengan soalan "Siapakah yang ingin masuk syurga" Tangan diangkat. Justeru pahala perlu dikumpulkan bagi tujuan itu. 

Masa Pertama : Al-Quran
------------------------------
"Siapakah yang ingin mendapat pahala?" Tangan diangkat. "Mahu tak ustaz beri tahu cara terbaik dan mudah yang banyak dapat pahala?" -Nak.

"Rasulullah kata bila kita baca "alif lam mim" ia akan dikira 30 ganjaran iaitu setiap huruf 10ganjaran. Mari kita kira jumlah ganjaran pahala yang telah kita dapat semasa memulakan kelas tadi dengan bacaan al-Fatihah. (Kalimah bacaan fatihah hingga ayat 3 ditulis dan dikira) 

"Waah banyak nyer boleh jadi jutawan - boleh beli rumah" -murid
"Ya kita akan dapat ganjaran ini di syurga kelak yang lebih best dari dunia ini =) "

"Jom kita baca Iqra' 3 untuk kumpul pahala...!"
*murid membaca dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengadu letih atau tiada lagi yang berat mulut untuk turut sama. Hmmm dulu kena paksa dan sambil pegang rotan (heheh).


---------------------------------------------------------------------

Masa Kedua : Feqah
Nota bergambar (tajuk : Bersugi) dilukis dan diconteng di papan hitam. Mohon pelajar membuatnya di dalam buku. Mohon pelajar melukis 'corak' atau gambar untuk hiasan. Hasil kerja terus di beri markah setelah siap. Kena tanda seawal mungkin bagi usaha mereka bukan?!

"Cantik lukisan awak, awak ada bakat. Boleh menang pertandingan kalau awak masuk. Mesti menang" dll pujiah.

Owh, sekadar bertanya : saya hanya berikan markah "A l  A+  l A+ ** (bintang)
Tiada lagi markah B l C l D . Saya jujur dulu. Benarkah mentor @[100003265643405:2048:Khairulaniza Khairuddin] atau lain-lain mentor ?! Murid-murid nampak suka dan membanding-banding hasil mereka. 

**Gambar dalam kelas : Murid saya yang comel dan baru kenal 4 hari (2 Istiqomah)
**mereka sibuk melukis nota dan idea kreatif mereka (peluang kreativiti -pujian)

Monday, 7 January 2013

Teknik Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad 1

Tahun ni, saya mulakan sekolah dgn cuba mengamalkan Teknik Nabi sedaya upaya. Dulu saya agak keras / garang. Kini lebih banyak bersabar. Setakat ini masih berjinak-jinak dgn ilmu yg diturunkan oleh mentor Khairulaniza Khairuddin
 
Saya amalkan
1)Soalan akhlak bg motivasi / set induksi. 
2)Menutup mata pd kesalahan.. hehe susah gak cikgu disiplin nk ubah pendekatan. Namun alhamdulillah stkat ini. 
3)Pujian -skrip saya ringkas yv pastinya saya puji amalan / hasil kerja vs orang. 
 
Dulu sy puji tetapi salah teknik rupanya puji diri pelaku yg sepatutnya hasil usaha dipuji. Malah IMPAK juga semakin mudah disekalikan dgn pujian. 
 
Contohnya hari ini : 
"Siapa yg sayangkan Allah? Siapa yg mahu dirinya masuk ke syurga ? 
Caranya ialah dgn menjaga kebersihan spt kebersihan kelas kita ini. Mari kita bersihkan bersama kerana Allah akan berikan pahala pd kita nanti" . 
 
 Bacaan al-quran pula :
"Alhamdulillah, bacaan yg bagus. Semakin banyak awak membaca semakin bagus nanti bacaan kamu" . 
 
Owh bacaan murid yg lemah juga saya berikan pujian yg hampir serupa spt 
"Cayalah! bacaan yg kuat seperti panglima perang" (bacaan ada kelemahan namun jelas)


Saya yang masih belajar
*Lukisan Perang Badar utk memori
Tahun ni, saya mulakan sekolah dgn cuba mengamalkan Teknik Nabi sedaya upaya. Dulu saya agak keras / garang. Kini lebih banyak bersabar. Setakat ini masih berjinak-jinak dgn ilmu yg diturunkan oleh mentor @[100003265643405:2048:Khairulaniza Khairuddin] . Saya amalkan 1)Soalan akhlak bg motivasi / set induksi. 2)Menutup mata pd kesalahan.. hehe susah gak cikgu disiplin nk ubah pendekatan. Namun alhamdulillah stkat ini.  3)Pujian -skrip saya ringkas yv pastinya saya puji amalan / hasil kerja vs orang. Dulu sy puji tetapi salah teknik rupanya puji diri pelaku yg sepatutnya hasil usaha dipuji. Malah IMPAK juga semakin mudah disekalikan dgn pujian. Contohnya hari ini : "Siapa yg sayangkan Allah? Siapa yg mahu dirinya masuk ke syurga ? Caranya ialah dgn menjaga kebersihan spt kebersihan kelas kita ini. Mari kita bersihkan bersama kerana Allah akan berikan pahala pd kita nanti" . Bacaan al-quran pula "Alhamdulillah, bacaan yg bagus. Semakin banyak awak mmbaca semakin bagus nanti bacaan kamu" . Owh bacaan murid yg lemah juga saya berikan pujian yg hampir serupa spt "Cayalah! bacaan yg kuat seperti panglima perang" (bacaan ada kelemahan namun jelas) 

Saya yang masih belajar
*Lukisan Perang Badar utk memori