Subscribe:

Saturday, 1 December 2012

Money Sense : Buku Pengurusan Kewangan

Buku Panduan : Pengurusan Kewangan


Ramai individu yang di luar sana yang sentiasa berfikir akan isu kewangan setiap hari.

"Cukupkah gaji bulan ini bagi membayar segala bil?" ,
"Hutang makin bertambah dan perbelanjaan meningkat tetapi GAJI masih statik (sama) ?!"
 
"Aduh, bagaimana nak atasi masalah kewangan ini?! **^$^%"

Isu ini merupakan isu penting. Malah hampir majoriti mengalaminya. Tekanan kehidupan terutama di bandaraya metropolitan menghasilkan gaya hidup "biar papa asal bergaya" menjadi mantra. Tekanan hidup masakini mendesak, harga barang melambung tinggi, inflasi meningkat. Maka ia perlu ditangani dengan bijak.

Namun Ilmu Pengurusan Kewangan tidak pernah diajar (hampir tiada- jika ada pun amatlah sedikit) . Ilmu matematik, akaun, geografi, politik malah ilmu pengurusan berat badan juga lebih mudah didapati berbanding ilmu yang satu ini. Namun budaya masyarakat menyele4saikan masalah ini dengan meminta nasihat dari pihak yang salah (kawan-kawan) yang tidak berautoriti lalu terperangkap lebih dalam malah ada yang terjerat dengan pelbagai skim cepat kaya aka "skim cepat miskin" .

Meminta nasihat atau perundingan dari pihak berautoriti bagai satu dosa besar. Lebih-lebih lagi jika masalah itu baru bermula, masih kecil, dianggap ringan. Apabila ia menjadi masalah besar, kusut & rumit, tiada jalan penyelesaian maka barulah pihak-pihak berautoriti dicari walhal masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah dan pantas jika dari awal lagi tindakan yang sepatutnya di ambil.

Lihatlah kaunselor-kaunselor aka penasihat aka perunding dalam isu rumah tangga / penceraian (kaunselor / kadhi / pej agama) , disiplin sekolah (kaunselor , guru disiplin) , kewangan (AKPK dll) yang dijauhi. Berjumpa mereka seperti membunuh diri gamaknya mengikut pendapat majoriti.

Alhamdulillah saya ditemukan dengan para senior yang prihatin dan menunjuk jalan. Buku "Rich Dad, Poor Dad" oleh Robert Kiyosaki adalah menu pertama kewangan disusuli dengan yang lain-lain. Malah saya terkejut kerana ramai rakan yang berpendapatan 5 angka juga berdepan kemelut belenggu hutang yang menjerut. Justeru itu ada baiknya saya berkongsi link/info percuma mengenai Pengurusan Kewangan yang disediakan percuma oleh agensi kerajaan.
*Jika tuan-puan ingin mendapat khidmat pakar yang perlu dibayar ratusan/ribuan ringgit - silakan..!
*Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) adalah agensi kerajaan yang menawarkan khidmat serupa secara PERCUMA
Maka adakah cara bagi memulakan perjalanan tuan-puan bagi menguasai Ilmu Pengurusan Kewangan?
Saya kongsikan beberapa langkah awal ini :


 ------------------------------------------------------------------------------------------------


E-Book : Money Sense atau Bijak Wang oleh AKPK -"Percuma"

Berikut ialah link e-book yang disediakan oleh AKPK. Saya kongsikan untuk manfaat bersama. Walaupun ia telah lama disediakan namun masih ramai yang tidak maklum atau tidak mengetahui tentangnya. Testimoni saya ialah seperti berikut :

+Simple, plain, basic
+ keluaran : AKPK Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit
+ Untuk semua sebab semua dah ramai bekerja / sedang mencari kerja
+ Mind your own money, mind you own debt
4 Bab dalam Money Sense
  1. Getting Started
  2. Achieving Your Dream
  3. Managing Debt
  4. Real Life Strategies
 
 a book about getting smart with your moneyis indeed a common sense guide on money matters.

  DOWNLOAD :www.akpk.org.my/LinkClick.aspx?fileticket=eIgIEiImVts%3D
 
Preview : Buku "Money Sense"
TERKINI : Promosi pembelian buku Kewangan :
1) Money Sense (RM 5)
2) Power Managing Debt (RM 5)
3) Komik "Money Management" (RM 5)

*Beli di Pej AKPK seluruh Malaysia : http://www.akpk.org.my/contact-us